Homestay

Salam semua. Post ini merupakan catatan secara ringkas kebaikan tinggal di homestay dan senarai homestay yang terdapat di Malaysia. Harap membaca sehingga habis.

Melancong bersama dengan keluarga yang besar memerlukan penginapan yang sesuai dengan saiz keluarga. Jika menginap di hotel, ahli keluarga akan terpisah dengan ahli keluarga lain dalam bilik hotel yang berasingan. Ahli keluarga tidak dapat berkumpul bersama-sama sambil berbual-bual sambil meluangkan masa yang bermakna sebelum masuk tidur.

Homestay merupakan pilihan terbaik untuk keluarga besar. Homestay sama seperti rumah sendiri yang ada bilik dan ruang tamu sendiri. Jadi ahli keluarga ada ruang bersembang di ruang tamu sambil menonton TV. Ia akan dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tentu terhibur mendangar cerita pengalaman anak-anak semasa berjalan-jalan sambil merancang aktiviti keesokan harinya.

Bagi keluarga yang ada anak kecil, homestay merupakan pilihan penginapan yang paling ideal kerana homestay mempunyai ruang yang besar membolehkan anak-anak bebas bermain tanpa rasa risau.

Homestay mempunyai kemudahan memasak jadi anda dapat menjimatkan wang. Makan di hotel atau restoran tentu jauh kosnya lebih tinggi berbanding memasak sendiri.

Secara ringkasnya, homestay merupakan pilihan ideal untuk keluarga besar apabila hendak melancong. Malangnya bukan mudah mencari homestay kerana kebanyakan pengusa homestay kurang melakukan promosi. Di sini kami senaraikan beberapa homestay di Malaysia mana tahu kebetulan anda melancong di kawasan berkenaan.

Berikut senarai homestay yang terdapat di Malaysia mengikut negeri.

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Perak
  5. Terengganu
  6. Pahang
  7. Negeri Sembilan
  8. Selangor
  9. Kuala Lumpur
  10. Melaka
  11. Johor
  12. Sarawak
    i. Kuching
    ii. Miri
    iii. Sibu
  13. Sabah
    i. Kota Kinabalu
    ii. Kundasang
    iii. Sandakan
    iv. Tawau