Hotel Bajet Terbaik Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kawasan Bukit Bintang mempunyai banyak lokasi yang wajib dikunjungi jika sekiranya anda datang ke Kuala Lumpur. Bukit Bintang kaya dengan puast membeli belah seperti Berjaya Times Square, gedung elektronik Low Yat, Sungai Wang, Pavilion, Lot 10 dan banyak lagi. Pada waktu malamnya pelbagai pertunjukan yang boleh di saksikan di hadapan Sungai Wang dan Lot 10 yang pasti memukau para pengunjung.

Berjaya Times Square merupakan tempat yang sesuai bagi seisi keluarga. Selain membeli belah di shopping mall yang besar, anda juga boleh membawa anak-anak menikmati pelbagai jenis permainan di taman tema yang terdapat dalam bangunan Berjaya Times Square.

Rancang percutian anda bersama keluarga tersayang. Memilih hotel bajet merupakan langkah bijak agar anda dapat memanfaatkan bajet percutian anda untuk aktiviti lain. Bukit Bintang walaupun sebuah lokasi emas tetapi mempunyai banyak hotel bajet atau hotel murah yang kekal menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Tidak hairanlah setiap hotel bajet ini mendapat rating yang baik daripada pelanggan. Maklumat ini anda boleh perolehi di portal seperti agoda, booking dan carian hotel yang lain.

Bukit Bintang mempunyai lebih 118 buah hotel bermula dengan hutel bajet sehinggalah yang mahal. Di sini kami senaraikan beberapa hotel bajet yang terdapat di sekitar Bukit Bintang agar anda mendapat pilihan yang sesuai dengan bajet anda.

Booking.com

D’majestic Place By Homes Asian
D’majestic Place By Homes Asian 02 terletak di Kuala Lumpur, 1.8 km dari Berjaya Times Square. Ia menawarkan kolam renang luaran, pusat kecergasan dan Wifi percuma.

Signature Hotel ChinaTown
Hotel ChinaTown menawarkan penginapan yang sofistikated di daerah Bukit Bintang yang sibuk di Kuala Lumpur. Ia terletak hanya 1 km dari Berjaya Times Square. Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa di restoran di lokasi, dan memanfaatkan Wifi percuma yang disediakan di seluruh hotel.

Amethyst Love Guesthouse
Tempat menarik berhampiran Amethyst Love Guesthouse termasuk Starhill Gallery, Pavilion Kuala Lumpur dan Berjaya Times Square.

Hotel Sentral Pudu @ City Centre / Bukit Bintang
Terletak di Jalan Bukit Bintang, hotel ini menduduki lokasi utama di Kuala Lumpur. Hanya 10-minit berjalan kaki dari Times Square, ia menawarkan bilik-bilik dengan TV skrin-rata dan Wi-Fi percuma. Hotel Sentral Pudu terletak sekitar 20-minit berjalan kaki dari Pavillion Mall dan Petaling Street. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak dalam jarak 45 minit memandu dari hotel.

Sandpiper Hotel Kuala Lumpur
Sandpiper Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel moden dengan bilik-bilik berhawa dingin yang menyediakan WiFi percuma. Menawarkan sebuah restoran dan bar, hotel ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan meja tempahan lawatan sendiri.

The Marque Hotel
The Marque Hotel terletak di lokasi yang strategik, dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari Chinatown Kuala Lumpur. Ia menawarkan bilik-bilik moden dengan bilik mandi en suite.

D’majestic Place By Homes Asian
D’majestic Place By Homes Asian 03 terletak di Kuala Lumpur, dalam jarak 1.7 km dari Berjaya Times Square dan 2.8 km dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia menawarkan penginapan dengan Wifi percuma, penyaman udara, kolam renang luaran dan pusat kecergasan.

Prescott Hotel Bukit Bintang
Beltif Hotel Kuala Lumpur berjarak 5 minit berjalan kaki dari Stesen Monorel Imbi dan Stesen Star LRT Hang Tuah. Hotel ini menyediakan perkhidmatan dobi dan perkhidmatan bilik 24 jam untuk kemudahan. Bukit Bintang adalah pilihan hebat pelancong yang berminat dengan hiburan, pasar dan lawatan mesra keluarga.

The Ohana Suite
The Ohana Suite terletak 500 meter dari Berjaya Times Square. Ia menawarkan tempat penginapan dengan bar, teres dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam untuk kemudahan anda. Ia menawarkan WiFi percuma dan parking peribadi.

ECO Hotel @ Bukit Bintang
ECO Hotel @ Bukit Bintang terletak di Kuala Lumpur, dalam jarak 1.3 km dari Berjaya Times Square. Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata dengan saluran satelit.

Hotel Pudu Plaza Kuala Lumpur
Hotel Pudu Plaza Kuala Lumpur menawarkan penginapan dalam kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Ia bersambung dengan Pudu Plaza Shopping Mall di Jalan Pudu. Hotel ini mempunyai sebuah restoran dan menawarkan akses internet percuma. Terdapat kemudahan parkir peribadi di lokasi. Bilik-bilik berhawa dingin yang moden di sini dihias dengan elegan. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan WiFi percuma, TV skrin rata, bar mini dan kemudahan membuat teh/kopi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *